Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air di bandar Sarikei masih terkawal
  • WILAYAH

Paras air di bandar Sarikei masih terkawal

Utusan Sarawak 3 months ago

PANTAU....Pasukan bomba menjalankan pemantauan di lapan lokasi, malam ini. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Keadaan paras air di kawasan rendah berisiko banjir di lapan lokasi di sini masih dalam keadaan terkawal, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik. 

Katanya, pemantauan paras air tersebut bermula pada jam 8.58 malam hingga 9.25 malam ini. 

“Tiga anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan tersebut. 

“Lapan lokasi yang dipantau adalah Pasar Tamu Sarikei, Jalan Wharf, Jalan Layang-Layang, Jalan Tok Tok, Pusat Inovasi Sarikei, Jalan Nyelong, Pasar Sarikei dan Dewan Suarah Sarikei,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, cuaca baik dan air sedang surut semasa pihaknya menjalankan pemantauan. 

“Keadaan semasa di lokasi pemantauan mendapati paras air masih dalam keadaan terkawal. 

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Polis minta bantuan kesan lelaki hilang
Next: Sukarelawan Jiwa PUTRA bantu bersih kawasan terjejas banjir 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.