PETRA JAYA : Perenang muda Sabah, Shahafiq Abdullah dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Terbaik, manakala pemanah dari Pahang, Loh Chi Hui dianugerahkan sebagai Atlet para wanita terbaik untuk Para SUKMA 2024.
Selain menggondol enam emas satu perak dan satu gangsa, perenang sensasi berusia 20 tahun ini juga memecahkan empat rekod kebangsaan, menjadikannya antara permata paling bersinar pada Temasya Para SUKMA kali ini.
Empat rekod kebangsaan baharu ini dicatatkan oleh beliau dalam acara 100m gaya bebas S6, 50m gaya kuak kupu-kupu S6, 100m gaya kuak lentang 26 dan 50m gaya bebas S6, sekali gus memastikan emas miliknya.
Dua lagi emas diraih oleh Shahafiq melalui acara 4x100m gaya bebas 34 mata dan 4x100m rampaian 34 mata.
Atlet terbaik wanita, atlet memanah dari Pahang, Loh Chi Hui pula, memenangi empat pingat emas dalam acara individu recurve W2 (kelayakan), Individu recurve W2, berpasukan recurve dan berpasukan recurve W2.
Selain empat emas, pemanah handalan Pahang ini turut memperbaharui satu rekod kebangsaan dan dua rekod kejohanan.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada majlis penutup Para SUKMA di Stadium Perpaduan di sini malam ini.
Oleh SHAHRUL QAIZAT dan MOHD NEENATUL AIZAL