Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Andy Lau pecah rekod 1,500 meter lelaki T1
  • SUKAN

Para SUKMA: Andy Lau pecah rekod 1,500 meter lelaki T1

Utusan Sarawak 8 months ago

Andy Lau Sie Hui (tengah) menunjukan pingat emas yang diperoleh. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Andy Lau Sie Hui, operator telefon yang berkhidmat di Sarawak Energy Bhd mencuri tumpuan dengan memecahkan rekod 1,500 meter kategori lelaki T1 di temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. 

Beliau mencatat masa 5:19:82 minit, mengatasi rekod lama yang dipegang oleh Ranggong Unggang sejak 2010.

Andy Lau, yang kini berusia 30 tahun, mengimbas kembali penglibatannya dalam Para SUKMA sejak berumur 18 tahun. 

“Saya telah menyertai Para Sukma sejak berumur 18 tahun dan kini saya berumur 30 tahun. Termasuk hari ini, saya telah mengumpul lima pingat emas. 

“Acara yang saya sertai antaranya 1,500 meter, kedua adalah 800 meter, dan 400 meter. Kali ini saya menyasarkan tiga pingat emas,” katanya. 

Dalam acara tersebut, Muhamad Fahmi Daniel dari Johor meraih pingat perak, manakala seorang lagi atlet Sarawak, Simon Etam Emang membawa pulang pingat gangsa.

Majlis penyampaian pingat disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, bersama Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Tiga beradik dari Kapit hadiahkan pingat untuk tuan rumah
Next: Para SUKMA: Dorongan, sokongan keluarga faktor kejayaan tiga beradik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.