Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pantau keadaan, fenomena air pasang besar dijangka berlaku di Bintulu
  • WILAYAH

Pantau keadaan, fenomena air pasang besar dijangka berlaku di Bintulu

Utusan Sarawak 4 months ago

Pihak Pusat Khidmat DUN Jepak bersama agensi berkaitan menjalankan pemantauan awal di beberapa kampung di Bintulu malam tadi berikutan fenomena air pasang besar.

BINTULU: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak akan terus menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam melaksanakan pemantauan awal berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee menerusi hantaran di laman Facebooknya menegaskan bahawa pemantauan berterusan adalah amat penting bagi memastikan keselamatan penduduk yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan rendah.

“Penduduk diminta untuk terus memantau paras air, menyimpan dokumen penting, dan bersedia berpindah jika perlu,” katanya.

Sebarang kecemasan boleh dilaporkan kepada Jawatankuasa Bencana Bintulu di talian 086-331742, atau agensi berkaitan seperti APM Bintulu (086-339781 / 318233), Bomba Bintulu (086-332222), Kebajikan Bintulu (086-332341), Polis Bintulu (086-332044 / 3183024) dan Hospital Bintulu (086-255899).

Iskandar juga menekankan pentingnya kerjasama antara pihak berkuasa dan komuniti setempat dalam memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Continue Reading

Previous: Kontraktor harus disiplin siapkan projek
Next: Trend air naik dilaporkan di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.