Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pantau bufet Ramadan di hotel
  • TEMPATAN

Pantau bufet Ramadan di hotel

Utusan Sarawak 3 months ago
 TUMPUAN UTAMA… Bertam Resort and Water Park, sebuah taman tema air dan resort lima bintang bertemakan Maghribi di Bertam menawarkan 150 pilihan hidangan tradisional Melayu asli dan cita rasa Maghribi sebagai juadah berbuka puasa sempena Ramadan.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan aktiviti pemantauan makanan di hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis pembekal bahan mentah serta premis penyediaan ais bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan aktiviti itu tidak hanya pada bulan Ramadan, sebaliknya telah dijalankan sebelum ini yang meliputi pemeriksaan ke atas sumber bahan mentah, tempat penyediaan makanan dan peniaga yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Langkah ini diambil bagi memastikan kepatuhan terhadap standard keselamatan makanan yang ditetapkan termasuk di semua bazar Ramadan.

“Kementerian sentiasa komited dalam memastikan keselamatan makanan sepanjang Ramadan melalui pemantauan dan penguatkuasaan berterusan,” menurut kenyataan tersebut. 

KKM turut mengingatkan peniaga tentang larangan penggunaan peralatan yang bukan bertujuan untuk penyimpanan atau penyediaan makanan.

Menurut kementerian itu, tindakan seperti menggunakan akuarium sebagai pengganti bekas air balang, tong sampah hitam untuk menyimpan bahan mentah atau peralatan lain yang tidak sesuai boleh menyebabkan pencemaran makanan serta meningkatkan risiko kesihatan kepada pengguna.

Sebagai langkah proaktif, KKM akan memperhebatkan kempen kesedaran melalui pendidikan kesihatan yang meluas menggunakan pelbagai platform komunikasi termasuk media sosial, televisyen dan radio.

– BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pasar Tani Organik curi tumpuan
Next: Ramadan: Elak sebar fitnah, berita palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.