Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Panik lihat ular sawa lingkar pokok pisang
  • TEMPATAN

Panik lihat ular sawa lingkar pokok pisang

Utusan Sarawak 5 years ago
BERJAYA… Petugas APM Daerah Sri Aman dan penduduk ketika selesai menangkap seekor ular sawa batik sepanjang 12 kaki di kawasan Lorong 16 B Kampung Muhibbah dalam Bandar Simanggang malam Khamis lepas.

SIMANGGANG: Sebuah keluarga dari Kampung Muhibbah di sini panik setelah mengesan kehadiran seekor ular sawa batik di kediaman mereka di Kampung Muhibbah di sini pada malam Khamis lepas.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim berkata, kehadiran haiwan liar berkenaan dikesan oleh salah seorang ahli keluarga ketika sedang berada di ruang dapur rumah.

“Ketika berada di dapur, pengadu memberitahu terlihat benda sedang berlingkar di sebalik pokok pisang belakang rumahnya sebelum mendapati benda berkenaan sebenarnya adalah seekor ular sawa batik.

“Disebabkan panik, pengadu segera menghubungi kami sekitar jam 8.41 malam dengan tiga orang petugas APM segera dikerah ke kediaman bagi menangkap ular sawa batik tersebut dalam kadar segera,” kata Siti.

Ular sawa batik sepanjang 12 kaki berkenaan kata beliau berjaya ditangkap menerusi kaedah menjerut dengan haiwan liar itu segera dibawa pulang oleh para petugas ke bilik operasi APM di sini untuk dikurung.

“Ular sawa batik berkenaan akan diserah kepada Jabatan Perhilitan bagi tujuan tindakan lanjut dan kami menasihat orang ramai agar tidak mengambil menangkap haiwan liar di kawasan mereka tidak memiliki kemahiran tertentu,” jelasnya.

Beliau turut memuji tindakan pantas keluarga tersebut dalam melapor kehadiran ular sawa batik itu kepada pihaknya kerana ia mungkin boleh mendatangkan risiko serangan terhadap mereka jika haiwan liar itu dibiar begitu sahaja di belakang rumah.

“Segera hubungi pihak APM Daerah Sri Aman di talian 083-320973 jika mereka mengesan kehadiran haiwan liar atau serangga berbisa di kediaman masing-masing,” nasihat Siti kepada orang ramai di sini.

Continue Reading

Previous: Pematuhan SOP memuaskan
Next: SOP pencegahan Covid-19 berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.