Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pangkah gasing Spaoh ditunda
  • SUKAN

Pangkah gasing Spaoh ditunda

Utusan Sarawak 5 years ago
JURUCAKAP PERTANDINGAN…Abang Suhordie.

PERTANDINGAN Pangkah Gasing Tertutup Spaoh, Betong 2020 bagi merebut Piala Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Bukit Saban merangkap Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang sebelum ini dijadual berlangsung pertengahan bulan Mac lalu ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Jurucakap Pertandingan, Kaunselor Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, penangguhan terpaksa dilakukan ekoran situasi yang masih belum mengizinkan.

“Kita terpaksa menunda pertandingan tersebut dan ia akan dilangsungkan pada satu tarikh baharu yang akan diumum kelak,” ujar Abang Suhordie ketika mengulas perkara itu.

Apa pun kata Abang Suhordie, pihaknya sudah memaklumkan kepada semua atau peserta terlibat mengenai penundaan pertandingan itu.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Spaoh, Betong  bersempena dengan Program Jerayawara PBB Kampung Spaoh, Betong 2020.

Menurut Abang Suhordie, pertandingan itu juga menyediakan hadiah menarik termasuk wang tunai keseluruhan RM2,000.

Dengan sang juara akan menerima wang tunai RM1,000 selain RM500, RM300 dan RM200 untuk pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Ronaldo bawa Juve hampiri gelaran ke-9
Next: Ronaldo terus dahagakan rekod

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.