Pameran SHEDA Bintulu platform kenali pasaran hartanah tempatan

Facebook
WhatsApp
JOHNNY Pang meninjau pameran projek pembangunan hartanah sempena SHEDA Bintulu Home & Property Roadshow 2026

BINTULU, 10 Oktober: Pameran Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Bintulu 2026 menjadi platform bagi orang ramai mendapatkan maklumat mengenai pelbagai projek pembangunan hartanah serta perkembangan industri berkaitan di Bintulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, pameran itu menghimpunkan 33 reruai yang menawarkan pelbagai pilihan kepada pengunjung, termasuk projek hartanah, peralatan elektrik dan produk berkaitan.

“Pameran ini menampilkan 33 reruai yang mempamerkan pelbagai projek pembangunan hartanah, selain peralatan elektrik dan produk berkaitan,” katanya ketika melawat pameran berkenaan di sebuah pusat beli-belah, di sini, hari ini.

Menurutnya, peluang berinteraksi dengan pempamer turut membolehkannya mendapatkan maklumat dan bertukar pandangan mengenai keadaan pasaran hartanah tempatan serta perkembangan industri berkenaan.

Dalam pada itu, pasukan khidmatnya turut menyediakan kaunter bergerak Pusat Khidmat Rakyat bagi membantu pengunjung dalam urusan permohonan, pendaftaran dan pertanyaan.

Pameran anjuran SHEDA itu berlangsung sehingga esok, dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.