Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pakej ziarah haram undang risiko keselamatan jemaah haji
  • SEMASA

Pakej ziarah haram undang risiko keselamatan jemaah haji

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun. Foto Tabung Haji

MAKKAH: Tabung Haji (TH) menasihati jemaah supaya tidak mengambil pakej ziarah luar Makkah yang tidak berdaftar bagi mengelakkan risiko keselamatan menjelang kemuncak ibadah haji.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata ketika ini jemaah perlu memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan dan persediaan menghadapi Hari Wukuf di Arafah.

Beliau berkata pakej ziarah rasmi yang dipantau TH hanya disediakan selepas musim haji menerusi syarikat perkhidmatan yang dilantik.

“Kita nasihatkan jemaah supaya tidak mengambil pakej ziarah luar Makkah yang tidak diketahui latar belakang syarikatnya kerana aspek keselamatan perlu diberi keutamaan,” katanya.

Selain itu, katanya, TH juga sukar memantau keberadaan jemaah yang mengikuti pakej persendirian tanpa pendaftaran rasmi dan mereka juga berdepan risiko ditinggalkan atau dikenakan bayaran tambahan.

Mohd Hisham berkata pihak berkuasa Arab Saudi dijangka mengetatkan kawalan pergerakan menjelang kemuncak musim haji susulan peningkatan jumlah jemaah di Makkah.

Semalam, Pakar Rujuk Haji Dr Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Shith berkata jemaah haji yang keluar dari Makkah melebihi dua marhalah seperti ke Taif sebelum hari kemuncak haji dan gagal berniat ihram haji atau umrah ketika masuk semula ke Tanah Suci, boleh dikenakan dam isa’ah tertib dan taqdir iaitu wajib menyembelih seekor kambing.

Ini susulan terdapat segelintir jemaah haji Malaysia yang telah menyelesaikan ibadah umrah dilaporkan keluar dari Mekah menuju lokasi melebihi dua marhalah atau lebih 81 kilometer seperti Taif bagi tujuan ziarah sebelum Hari Wuquf.

Dalam perkembangan lain, Mohd Hisham turut menasihati jemaah supaya mengurangkan aktiviti fizikal berlebihan termasuk melakukan umrah berulang kali bagi mengelakkan keletihan sebelum wukuf.

Setakat ini, kira-kira 15 jemaah Malaysia dirujuk ke hospital di Makkah, kebanyakannya akibat keletihan dan masalah jantung. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri termasuk Sarawak
Next: Kes buli pelatih guru IPG di Sarawak dalam siasatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.