Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kes buli pelatih guru IPG di Sarawak dalam siasatan
  • SEMASA

Kes buli pelatih guru IPG di Sarawak dalam siasatan

Utusan Sarawak 11 hours ago
INSTITUT Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli yang dilaporkan berlaku di sebuah institut pendidikan guru (IPG) di Sarawak dan tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap pelatih yang didapati bersalah dalam kejadian itu.

PUTRAJAYA: Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli yang dilaporkan berlaku di sebuah institut pendidikan guru (IPG) di Sarawak dan tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap pelatih yang didapati bersalah dalam kejadian itu,

IPGM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia termasuk hukuman tatatertib membuang individu terlibat daripada institusi  berkenaan bagi menunjukkan pihaknya tidak akan berkompromi dengan salah laku buli.

“Pelatih guru perlu berdisiplin serta menunjukkan akhlak dan sahsiah yang baik sebagai bakal pendidik,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial kejadian buli didakwa berlaku pada awal pagi Jumaat lepas membabitkan sekumpulan penuntut senior terhadap junior lelaki sesi 2025/2030 di IPGM.

Sekumpulan penuntut senior terbabit didakwa mengumpulkan semua junior lelaki sebelum melakukan pelbagai bentuk penghinaan, selain menggunakan kata-kata kesat dan melakukan tindakan tidak bermoral terhadap mereka.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pakej ziarah haram undang risiko keselamatan jemaah haji
Next: Jambatan Gurney di Pulau Andaman diiktiraf ‘Jambatan Box Grider Terlebar di Malaysia’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.