Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri termasuk Sarawak
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri hingga 9.00 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keadaan itu diramal melanda Kedah melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim; Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar); Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Cuaca sama juga dijangka melanda Pahang di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan dan Pekan; Selangor (Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).  

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, kawasan terjejas melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau) selain Labuan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 22,711 jemaah haji Malaysia kini berada di Tanah Suci
Next: Pakej ziarah haram undang risiko keselamatan jemaah haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.