Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pakej Bantuan Khas mesra rakyat
  • TEMPATAN

Pakej Bantuan Khas mesra rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago

Henry b Siyu

MUKAH: Pakej Bantuan Khas SarawakKu Sayang memanifestasikan keprihatinan  kerajaan yang menyelami keperluan semasa  rakyat pada saat getir ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, ia adalah satu pakej bantuan yang berfaksikan rakyat jelata.

“Terima  Kaseh atas pengumuman Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang diumumkan oleh  Ketua Menteri, Datuk Patinggi  Abang Johari Tun Openg semalam. Ia adalah berita gembira terutama  bagi peniaga kecil kecilan yang terlibat,” ujarnya.

 Justeru, beliau berharap  mereka dapat mengambil peluang sebaik mungkin terutama  pakej yang diberi oleh Kerajaan Sarawak yang sentiasa mengutamakan Sarawak dan penduduknya.

“Ia adalah tindakan yang amat wajar pada saat krisis yang melanda kita sekarang. Terbaik Ketua Menteri  atas pengumunan pakej bantuan khas ‘People Centrics’ ini. Secara keseluruhannya  ia amat membantu rakyat,” katanya lagi.


Sementara itu, Ketua Masyarakat, Temenggong  Hendi Suhai,  menganggap ia sebagai sangat wajar pada saat yang agak genting ini.

“Berkaitan inisiatif ini, saya melihat ia amat bertepatan  dengan keadaan dan tuntutan semasa. Sewajarnya kita rakyat Sarawak berterima kasih dan menghargai usaha dan inisiatif Kerajaan GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya.


Hendi Suhai juga mendoakan supaya mereka yang dikategorikan sebagai golongan barisan hadapan supaya sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik dan tabah dalam menjalankan tugas yang amat mencabar ini.

“Semoga rakyat Sarawak sentiasa sihat sejahtera dan bagi petugas barisan hadapan yang menangani pandemik Covid-19 supaya sentiasa bersemangat, sihat dan dilindungi oleh ALLAH SWT,” tambahnya lagi.

Continue Reading

Previous: PGA Miri perketat kawalan ‘jalan tikus’
Next: Dr. Kelvin Yii balik ke rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.