Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paip utama siap dibaiki, bekalan air Miri pulih berperingkat
  • Utara
  • WILAYAH

Paip utama siap dibaiki, bekalan air Miri pulih berperingkat

Utusan Sarawak 5 hours ago
SIAP… Kerja pembaikan paip utama siap dan kini pihak Sarawak Water sedang melaksanakan proses pengisian semula sistem, penstabilan rangkaian agihan serta kerja pembilasan paip bagi memastikan kualiti bekalan air berada pada tahap memuaskan.

MIRI: Bekalan air di beberapa kawasan di Bahagian Miri yang terjejas akibat kerosakan paip utama bersaiz 1,100 milimeter (mm) di Batu 7, Jalan Miri-Bintulu dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 12 jam akan datang selepas kerja baik pulih berjaya disiapkan sepenuhnya pagi ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang berkata, kerja pembaikan paip utama itu selesai sekitar 8.30 pagi dan kini pihak Sarawak Water sedang melaksanakan proses pengisian semula sistem, penstabilan rangkaian agihan serta kerja pembilasan paip bagi memastikan kualiti bekalan air berada pada tahap memuaskan.

Menurut beliau, pemulihan bekalan tidak dapat dilakukan serta-merta kerana sistem agihan berskala besar memerlukan masa untuk diisi semula, distabilkan dan mencapai tekanan operasi normal sebelum bekalan dapat disalurkan sepenuhnya kepada pengguna.

“Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh kira-kira 12 jam akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan Sarawak Water dan pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi baik pulih tersebut termasuk JBALB, JBPM, JKR, Sarawak Energy, Pejabat Residen Bahagian Miri, Pejabat Daerah Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Majlis Bandaraya Miri, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, KPDN dan Hospital Miri.

Selain itu, Liwan turut menghargai peranan wakil rakyat, rakan media, sukarelawan serta semua pihak yang memberikan komitmen sepanjang tempoh kerja pembaikan dijalankan.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Bahagian Miri atas kesabaran, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berkenaan.

Katanya, kementerian berharap proses pemulihan dapat berjalan lancar supaya semua kawasan terjejas menerima semula bekalan air seperti biasa secepat mungkin.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sukan petanque bakal diperkasakan demi pembangunan belia Kabong
Next: Bomba bantu angkat mayat lelaki obesiti 170 kg

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.