Pagar konkrit Dewan Tabuan Lot hampir siap

Facebook
WhatsApp
PEKERJA sibuk menyiapkan projek pembinaan pagar.

NUR AIN OTSMAN

KUCHING: Projek Pembinaan Pagar Konkrit di sekeliling Dewan Tabuan Lot menelan belanja RM150,000 bakal siap tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni berkata projek itu merupakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Demak Laut.

“Alhamdulillah… dengan adanya pagar konkrit ini maka akan dapat meningkatkan ciri keselamatan dewan selain menambah lagi kecantikannya,” katanya.

Beliau mahu penduduk di kawasan tersebut memelihara dan menjaga kemudahan yang disediakan kerajaan agar dapat digunakan oleh generasi akan datang.

“Selain untuk generasi akan datang, kemudahan yang disediakan kerajaan ini juga adalah penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi penduduk sebelum ini,” ujarnya.

Kerajaan Sarawak sebelum ini membenarkan sektor ekonomi termasuk pembinaan beroperasi semula pada 12 Mei lepas dengan mengikut langkah Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti disyaratkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara