Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Pacuan empat roda musnah terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo, pemandu selamat
  • KEBAKARAN

Pacuan empat roda musnah terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo, pemandu selamat

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEBUAH kenderaan pacuan empat roda musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Sedarat, pagi ini. Foto: PGO JBPM Sarawak

LUBOK ANTU: Sebuah kenderaan pacuan empat roda musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Sedarat, pagi ini.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.18 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan, Masihi bersama lima anggota dengan menggunakan sebuah jentera jentera Fire Rescue Tender (FRT).

SEBUAH kenderaan pacuan empat roda jenis musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Sedarat, pagi ini. Foto: PGO JBPM Sarawak

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kenderaan tersebut sedang marak dan telah terbakar 100 peratus.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dipam daripada jentera bomba.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan pemandu kenderaan berada dalam keadaan selamat.

Operasi tamat selepas pihak bomba memastikan kawasan berada dalam keadaan terkawal dan selamat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kebakaran siling Medan Selera Belaga berjaya dikawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.