Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PAC Sarawak tinjau kemajuan projek jalan akses Empangan Hidro Baleh
  • TEMPATAN

PAC Sarawak tinjau kemajuan projek jalan akses Empangan Hidro Baleh

Utusan Sarawak 8 hours ago
PAC Sarawak mengadakan lawatan tapak ke projek jalan akses Empangan Hidro Baleh di Bahagian Kapit, semalam. Foto: Dewan Undangan Negeri Sarawak

KAPIT: Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak (PAC) mengadakan lawatan tapak ke projek jalan akses Empangan Hidro Baleh di Bahagian Kapit semalam bagi meninjau sendiri kemajuan pelaksanaan antara projek infrastruktur strategik yang menjadi pemangkin pembangunan negeri.

Menurut kenyataan Dewan Undangan Negeri Sarawak, lawatan itu diketuai oleh Pengerusi PAC Sarawak, Dato Razaili Gapor sebagai sebahagian daripada usaha memastikan projek pembangunan dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Delegasi PAC diberikan taklimat mengenai status semasa projek oleh Penolong Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kapit, Ir. Ts. Christopher Donovan Durin Ajoi.

Taklimat tersebut merangkumi perkembangan pelaksanaan projek, kemajuan fizikal kerja serta cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan bagi memastikan pembinaan berjalan lancar.

Lawatan itu turut memberi peluang kepada ahli-ahli PAC meninjau sendiri keadaan di tapak projek serta menilai tahap kemajuan sebenar berdasarkan pelaksanaan semasa.

Selain lawatan tapak, satu sesi perbincangan diadakan bagi membolehkan ahli-ahli jawatankuasa mendapatkan maklumat serta maklum balas secara langsung daripada agensi pelaksana berhubung pelaksanaan projek berkenaan.

PAC Sarawak mengadakan lawatan tapak ke projek jalan akses Empangan Hidro Baleh di Bahagian Kapit, semalam. Foto: Dewan Undangan Negeri Sarawak

Perbincangan itu juga menjadi platform untuk mengenal pasti isu-isu yang memerlukan perhatian supaya tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurut kenyataan itu, lawatan sedemikian penting dalam memperkukuh fungsi semak dan imbang PAC terhadap pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dibiayai kerajaan negeri.

Melalui pemantauan secara langsung, PAC dapat memastikan projek dilaksanakan secara cekap, berkesan serta memberi manfaat optimum kepada rakyat dan pembangunan Sarawak.

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Dato Mohd Chee Kadir, Dato Ir. Lo Khere Chiang, Dato Rolland Duat Jubin, See Chee How, Wilson Nyabong Ijang, Pengarah Kerja Raya Sarawak Datu Dr. Cassidy Morris, Datu Chiew Chee Yau serta Setiausaha PAC Sarawak, Nur Azhar Bujang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Trend vape bercampur dadah sintetik dalam kalangan belia membimbangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.