Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Oya bakal miliki Taman Solidariti
  • TEMPATAN

Oya bakal miliki Taman Solidariti

Utusan Sarawak 4 years ago
TEMPAT RIADAH… Fatimah Abdullah melakukan tinjauan ke tapak Taman Solidariti.

OYA: Penduduk di Daerah Kecil Oya bakal memiliki tempat riadah yang lebih baik dengan siapnya Taman Solidariti dalam masa terdekat nanti.

Berada kira-kira 200 meter dari Pasar Warisan Oya, projek itu  bermula dengan pembinaan benteng hakisan sungai Batang Oya.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak,  Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, ia akan dibangun di bawah projekTransformasi Luar Bandar (RTP).

“Projek Taman Solidariti Daerah Kecil Oya ini  merupakan projek RTP 2021. Pada mulanya kita ingin membangunkan Eko Park di sini, namun, keluasan tanah yang terhad, jadi kita menukarkannya menjadi Taman Solidariti,” katanya.

Malah, beliau turut mendedahkan bahawa ia akan menelan kos sebanyak RM400,000.

“Fasa pertama projek ialah pembinaan Benteng Hakisan sepanjang 150 meter. Kita akan berbincang sekali lagi dengan semua  agensi kerajaan  dan penduduk yang terlibat atau berkepentingan(stakeholders). Jika semuanya berjalan lancar, pembinaannya kelak dijangka akan mengambil masa lapan bulan,” ujar beliau lagi.


Fatimah, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Dalat, memberitahu projek yang menyaksikan Jabatan Peparitan dan Saliran(DID) sebagai agensi pelaksana akan menyediakan tempat riadah bagi penduduk tempatan dan pengunjung yang bertandang ke Pekan Warisan Oya.

“Selain itu, kita juga akan mengekalkan semua tumbuhan atau pokok yang unik seperti Pokok Nibong, Pokok Pedada dan sejenis lagi pokok yang dikenali sebagai ‘Papei’ dalam dialek tempatan yang terdapat di tapak.

“Justeru, adalah diharapkan ia akan menambahkan sedikit suasana yang menarik untuk beriadah. Semoga ia selaras dengan objektif pembinaannya,”  tegasnya.

Fatimah menambah, projek berkenaan adalah Taman Solidariti kedua di Daerah Dalat selepas Taman Solidariti Pekan Dalat yang berada kira-kira 18 Kilometer dari Oya.

Turut hadir Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Dalat, Kueh Leh Poh dan wakil Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Sediakan kemudahan lebih selesa
Next: JAMBATAN KEDUA MUKAH

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.