Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Orang ramai dijemput meriahkan Festival Budaya dan Makanan Bintulu 2026
  • Utara
  • WILAYAH

Orang ramai dijemput meriahkan Festival Budaya dan Makanan Bintulu 2026

Utusan Sarawak 3 hours ago
LAWAT… Johnny Pang melawat Festival Budaya dan Makanan Bintulu 2026 di tapak Lasar Kenyalang, Bintulu.

BINTULU: Orang ramai di sekitar Bintulu tidak harus melepaskan peluang untuk memeriahkan Festival Budaya dan Makanan Bintulu 2026 yang sedang berlangsung di tapak Lasar Kenyalang bermula Jumaat lalu hingga 3 Mei ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming mengajak masyarakat setempat tampil bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati suasana festival yang menghimpunkan kepelbagaian makanan serta persembahan budaya.

“Datanglah beramai-ramai, berjalan-jalan dan cuba pelbagai makanan yang ada. Bukan sahaja dari Bintulu, malah ada juga peniaga dari Miri, Sibu dan Kuching,” katanya ketika kunjungan beliau ke pesta makanan dan budaya itu pada petang semalam.

Festival anjuran Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) itu menampilkan kira-kira 80 gerai yang menawarkan pelbagai pilihan makanan halal dan bukan halal yang disusun secara berasingan bagi kemudahan pengunjung.

Lebih menarik, pentas utama turut dihidupkan setiap malam dengan pelbagai acara kebudayaan termasuk persembahan nyanyian dan tarian yang mencerminkan keunikan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Johnny Pang berkata, festival berkenaan bukan sahaja menjadi lokasi santai untuk orang ramai menikmati makanan, malah berperanan sebagai platform mengeratkan perpaduan serta merancakkan ekonomi tempatan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para peniaga agar menitikberatkan aspek kebersihan makanan dan persekitaran, khususnya dalam cuaca panas ketika ini, bagi memastikan keselamatan pengunjung sentiasa terjamin.

“Marilah kita sama-sama menjadikan festival ini meriah, selamat dan menyeronokkan untuk semua,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Perbandaran Padawan galak pembayar cukai sertai cabutan bertuah
Next: Sibu perkasa kesiapsiagaan bencana melalui latihan simulasi TTX

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.