Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Orang ramai berpusu- pusu ke UTC Miri
  • TEMPATAN

Orang ramai berpusu- pusu ke UTC Miri

Utusan Sarawak 5 years ago
BERBARIS PANJANG… Orang ramai sanggup berbaris panjang di luar Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri untuk menyelesaikan urusan di bawah agensi Kerajaan Persekutuan berkaitan yang tertangguh susulan pelaksanaan PKP.

MIRI : Kaunter perkhidmatan agensi kerajaan persekutuan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini diserbu orang ramai semalam selepas ia dibenarkan beroperasi sejak ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati mereka sanggup beratur panjang di luar UTC sehingga ke hadapan Balai Polis Pusat Miri  kerana mahu menyelesaikan urusan dengan agensi kerajaan berkenaan yang tertangguh susulan pelaksanan PKP.

Kelihatan beberapa pegawai agensi kerajaan dan kakitangan Majlis Bandaraya Miri memantau keadaan bagi memastikan keadaan terkawal.

Seorang buruh, Martin Sumbang, 38, berkata, dia datang ke UTC kerana mahu membuat permohonan MyKad anaknya yang berumur 12 tahun di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Pada jam 7.30 pagi saya bersama anak tiba di UTC, tidak sangka sudah ramai orang berbaris di situ. Dah alang-alang sampai sini, kami ikut berbaris tunggu giliran walaupun terpaksa berpanas,” katanya.

Manakala, seorang pekerja swasta, Mohd Kadir Ammar, 50, berkata dia bersama anak lelakinya datang ke UTC untuk membuat permohonan mengganti Mykad anaknya yang hilang.

“Walaupun terpaksa berbaris panjang namun saya berharap dapat menyelesaikannya hari ini juga.

“Ini kerana, anak saya perlukan Mykad untuk memohon pekerjaan,” katanya.

Selain JPN, agensi kerajaan persekutuan yang terdapat di UTC Miri ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan klinik.

Continue Reading

Previous: Seludup sayur, warga asing antara ditahan
Next: Swady raikan pegawai JAPEN bersara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.