NIAH : Orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tanjung Belipat, Niah dalam kawasan Parlimen Sibuti tukar arah dengan menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Noraya Jost (gambar) yang keluar dari kem PKR disambut baik oleh Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bekenu, Datuk Rosey Yunus yang turut menyarungkan jaket GPS.
Menurut Rosey, ini adalah usaha yang baik daripada gerakan Wanita PBN Ranting Tanjung Belipat yang berjaya menambat hati beberapa orang kuat PKR untuk menyertai kem GPS di sini.
“Teruskan usaha untuk mecapai kemenangan bergaya dan undi yang besar kepada calon GPS Sibuti.
“Gerakan Wanita dinasihat untuk memastikan penduduk kampung turun beramai-ramai mengundi pada 19 November nanti,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak dan itu berkata demikian ketika ditemui padazProgram Ngupi di Kampung Belipat semalam.
Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Sharkawi Suhaili dan ketua kaum serta ketua ranting kawasan DUN Bekenu.
Utusan Sarawak difahamkan bahawa terdapat belasan orang dari PKR Tanjung Belipat akan turut menyertai GPS dalam masa terdekat.
Oleh ADUM LIU