BAU: Sebanyak 67 sepanduk iklan pemberi pinjam wang tanpa lesen diturunkan menerusi Ops Vulture yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bersama Majlis Daerah Bau, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata, operasi berkenaan dilaksanakan di beberapa lokasi termasuk Taman Siniawan Villa, pekan Siniawan, Taman Siniawan serta sepanjang Jalan Kuching-Bau.

Menurutnya, operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha penguatkuasaan berterusan bagi membanteras kegiatan pinjaman wang tanpa lesen serta memastikan persekitaran yang lebih selamat dan teratur di daerah berkenaan.
Oleh Connie Chieng





