Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Pusak Merah tumpaskan kumpulan kongsi gelap di Sarawak, 23 ditahan
  • JENAYAH

Ops Pusak Merah tumpaskan kumpulan kongsi gelap di Sarawak, 23 ditahan

Utusan Sarawak 2 hours ago
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar S. Muthuvelu.

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya tumpaskan kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam rompakan, pemerasan, dan rusuhan  di sekitar Sarawak menerusi Ops Pusak Merah pada 19 hingga 23 April lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, tiga suspek masih bebas dan 23 ahli ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Unit Jenayah Berat Jabatan Peguam Negara pada 11 Mei 2026 dan pihak tersebut bersetuju untuk mendakwa kumpulan berkenaan.

“Kesalahan itu memperuntukan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan,” kata dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Ops Pusak Merah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSj) Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Kontinjen Sarawak.

“Kumpulan tersebut diketuai seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun itu mempunyai 26 ahli berumur antara 19 hingga 44 tahun dan terdiri daripada pesalah berulang. Sindiket ini aktif sejak 2020,” katanya.

“Semua suspek kini direman mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sehingga 18 Mei 2026,” katanya.

Polis turut merampas sepucuk senapang pam, beberapa butir peluru senapang patah 12 bore pelbagai jenama, dua bilah pedang samurai dan dua bilah parang panjang dalam operasi tersebut.

Beliau berkata, polis telah mengenal pasti tiga lagi ahli sindiket yang masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Menurutnya, semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes bunuh, rompakan berkumpulan, khianat dengan api, menyebabkan kecederaan dan kecederaan parah, ugutan jenayah, pecah rumah, curi dalam bangunan, curi kenderaan, membuat laporan palsu, mengendalikan pusat perjudian, memiliki harta curi dan pengedaran dadah.

M. Kumar berkata modus operandi sindiket itu termasuk memeras wang perlindungan, menyerang premis yang enggan membayar wang perlindungan, mengeluarkan ugutan jenayah dan menyerang mangsa yang ingkar terhadap tuntutan kumpulan tersebut.

“Mereka juga melakukan kesalahan serius untuk meluaskan pengaruh, mengukuhkan kuasa dan memperoleh keuntungan material bagi kumpulan itu,” katanya.

Dengan penahanan tersebut, polis berjaya menyelesaikan kira-kira 25 kes dan melumpuhkan sindiket jenayah kekerasan yang beroperasi di Sarawak.

M. Kumar turut mendedahkan bahawa sejak memegang jawatan sebagai Pengarah JSJ pada Ogos 2025, JSJ Bukit Aman berjaya melumpuhkan enam kumpulan jenayah terancang melibatkan 81 suspek yang telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan.

Beliau menegaskan bahawa JSJ akan terus menjalankan operasi agresif terhadap individu dan kumpulan yang terlibat dalam jenayah terancang, gengsterisme dan kesalahan jenayah kekerasan demi menjaga keamanan dan keselamatan awam.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras kegiatan jenayah.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki asing ditahan disyaki curi peralatan pembinaan di Mukah
Next: 87 kenderaan diperiksa dalam Ops Bersepadu JPJ, IPD Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.