Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki asing ditahan disyaki curi peralatan pembinaan di Mukah
  • JENAYAH

Dua lelaki asing ditahan disyaki curi peralatan pembinaan di Mukah

Utusan Sarawak 1 hour ago
KECURIAN… Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian peralatan kerja pembinaan jambatan di Kampung Tellian Tengah, Mukah. Foto IPD Mukah

MUKAH: Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian peralatan kerja pembinaan jambatan di Kampung Tellian Tengah di sini, dengan nilai kerugian dianggarkan RM5,000.

Ketua Polis Daerah Mukah, Muhamad Rizal Alias berkata, kedua-dua suspek masing-masing berumur 34 dan 33 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, semalam.

Beliau berkata, laporan kehilangan beberapa peralatan kerja pembinaan jambatan itu dibuat pada 3 Mei lalu oleh seorang pengurus syarikat tempatan berusia 40 tahun yang mengesyaki dua pekerjanya melarikan peralatan berkenaan selepas menghilangkan diri.

“Serbuan pertama dijalankan kira-kira 12.00 tengah hari di pondok kayu di Kampung Sesok dan berjaya menahan suspek pertama.

“Serbuan kedua pula dilakukan kira-kira sejam kemudian di rumah kongsi di Jalan Desa Tanjung dan berjaya menahan suspek kedua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KECURIAN… Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian peralatan kerja pembinaan jambatan di Kampung Tellian Tengah, Mukah. Foto IPD Mukah

Menurut beliau, kedua-dua suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis sehingga memaksa pihak polis menggunakan kekerasan minimum semasa tangkapan dibuat.

Katanya, suspek kedua turut membawa polis ke lokasi simpanan barang curi sebelum polis menemukan semula satu unit mesin gerudi, dua unit mesin pengisar dan satu unit gergaji jig.

“Kesemua peralatan bersama telefon bimbit milik suspek dirampas untuk dijadikan barang kes,” katanya.

Muhamad Rizal berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 18 Mei bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita rugi RM245,500 diperdaya tender palsu guna nama agensi kerajaan di Miri
Next: Ops Pusak Merah tumpaskan kumpulan kongsi gelap di Sarawak, 23 ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.