Ops Motosikal, Ops Gempur Kenderaan Perdagangan JPJ Serian perkukuh keselamatan jalan raya

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PENGUAT KUASA JPJ Serian menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan perdagangan dan persendirian sempena Ops Motosikal serta Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar Jalan Kuching–Serian dan laluan utama daerah ini, bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya. Foto JPJ Sarawak

SERIAN: Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui JPJ Serian telah melaksanakan penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan menerusi Ops Motosikal serta Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di beberapa laluan utama sekitar daerah ini, semalam.

Operasi tersebut melibatkan kawasan Jalan Kuching–Serian, Jalan Outering Samarahan serta Jalan Serian–Balai Ringin dan bertujuan memastikan tahap pematuhan pengguna jalan raya terhadap peraturan serta undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 105 kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa oleh pasukan penguat kuasa JPJ.

PENGUAT KUASA JPJ Serian menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan perdagangan dan persendirian sempena Ops Motosikal serta Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar Jalan Kuching–Serian dan laluan utama daerah ini, bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya. Foto JPJ Sarawak

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan, antaranya lesen memandu tamat tempoh, nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, kegagalan mempamerkan pelekat ‘P’ serta pelbagai kesalahan lain yang melibatkan aspek teknikal kenderaan.

Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap pemandu dan pemilik kenderaan terlibat selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ Sarawak menegaskan komitmen berterusan jabatan itu untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus demi memastikan kesejahteraan serta keselamatan semua pengguna jalan raya.

Selain meningkatkan tahap pematuhan undang-undang, operasi seumpama ini juga bertujuan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya melalui kesedaran dan kerjasama semua pihak.

Empat buruh positif dadah ditahan di Lawas

TANGKAPAN DADAH….suspek yang positif dadah ditahan untuk tindakan lanjut. Foto IPD Lawas LAWAS: Sepasukan polis menahan tiga lelaki tempatan berusia