Ops Bersepadu Serian: 103 notis dikeluarkan, lapan individu positif dadah

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PEMERIKSAAN… Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan pemeriksaan dalam Ops Bersepadu di Serian.

SERIAN: Sebanyak 103 notis ketidakakuran dikeluarkan dalam Ops Bersepadu yang melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Serian–Sri Aman serta Jalan Kuching–Serian, semalam.

Sepanjang operasi itu, sebanyak 238 kenderaan pelbagai jenis diperiksa, dengan notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk penggunaan lampu HID atau LED yang tidak mengikut spesifikasi, membawa muatan berlebihan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tidak memiliki lesen memandu atau perlindungan insurans, melanggar syarat permit serta pelbagai kesalahan teknikal kenderaan.

POSITIF… Antara individu yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam ujian saringan yang dijalankan sepanjang Ops Bersepadu di Serian.

Dalam operasi sama, AADK mengesan enam individu positif dadah, masing-masing membabitkan dua kes ganja, dua kes ketum dan dua kes methamphetamine.

Sementara itu, Bahagian Narkotik PDRM mengesan dua lagi individu positif dadah, masing-masing methamphetamine dan amphetamine.

Jabatan Imigresen Malaysia pula tidak merekodkan sebarang kes sepanjang operasi berkenaan.

JPJ Sarawak memaklumkan operasi bersepadu seumpama itu akan terus diperkasakan menerusi kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya, membanteras penyalahgunaan dadah serta mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat.

Oleh Afiq Sallehi

Empat buruh positif dadah ditahan di Lawas

TANGKAPAN DADAH….suspek yang positif dadah ditahan untuk tindakan lanjut. Foto IPD Lawas LAWAS: Sepasukan polis menahan tiga lelaki tempatan berusia