

TANJUNG MANIS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga seorang lelaki yang terjatuh dari bot ekspress di muara Sungai Paloh pada Sabtu lalu ditangguhkan lagi pada 4.23 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, operasi tersebut ditangguh berikutan faktor cuaca dan operasi pencarian akan disambung semula pagi esok.
“Operasi SAR telah disambung semula pada 12.00 tengah hari tadi, yang mana anggota bomba telah bergerak ke lokasi SAR.
“Tindakan pencarian dipermukaan air menggunakan bot penyelamat menuju ke hilir dan ke hulu Sungai Paloh dalam jarak tujuh kilometer telah dilakukan dan pencarian juga diperluaskan dengan menyelusuri Sungai Bangau, Kampung Kedang namun masih belum menjumpai mangsa.
“Operasi SAR telah ditangguhkan pada 4.23 petang tadi atas faktor cuaca dan operasi pencarian akan disambung semula pada pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi SAR disertai oleh tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis yang diketuai oleh komander operasi, Salahuddin Mohd Dawood, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarawak Coast Guard dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Terdahulu, pada Sabtu lalu, mangsa yang dikenal pasti sebagai Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspress di Muara Sungai Paloh.
Setakat berita ditulis, mangsa masih lagi gagal ditemui.
Oleh Earl Anek

82 pelajar SK Orang Kaya Temenggong Tanduk didedah ilmu keselamatan
SARATOK: Seramai 82 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Temenggong Tanduk berpeluang menimba ilmu berkaitan keselamatan dan kesiapsiagaan menerusi Program

PDRM, agensi utiliti perkukuh kawalan bendung kecurian kabel di Bau
BAU: Polis dan agensi utiliti memperkukuh kawalan keselamatan serta perkongsian maklumat bagi membanteras kegiatan kecurian kabel yang boleh menjejaskan bekalan

Dua kampung di Spaoh terima naik taraf jalan, sistem perparitan
SPAOH: Dua buah kampung di Spaoh bakal menikmati kemudahan asas lebih selesa apabila projek naik taraf jalan dan sistem perparitan

1,488 kotak air mineral disalur kepada penduduk terjejas kemarau di Daerah Betong
BETONG: Sebanyak 1,488 kotak air mineral diagihkan kepada penduduk di enam lokasi di Daerah Betong yang terjejas akibat musim kemarau

TYT, Premier Sarawak hadiri majlis kesyukuran Hari Malaysia
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri

Ahmad Zahid tiba di Kuching, hadiri mesyuarat pengurusan bencana
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kuching, hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana