Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR mangsa kapal karam ditunda
  • Utara
  • WILAYAH

Operasi SAR mangsa kapal karam ditunda

Utusan Sarawak 3 months ago
KEMBALI … Bot Bomba Labuan membawa pasukan penyelam kembali ke pangkalan di Awat-Awat untuk mengisi tangki oksigen dan minyak bot bagi menyambung operasi pagi esok.

LAWAS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kapal karam di Laut Awat-Awat Sundar masih belum menemui sinar apabila operasi berkenaan terpaksa ditunda kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lawas Clarence D. Primus Tiandun memberitahu, operasi penyelaman Bomba Labuan dihentikan pada 3.30 petang tadi dan operasi penyelaman diambil alih oleh pasukan penyelam daripada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia(APMM) Labuan.

Sehubungan itu, pusat operasi mencari di Awat-awat telah ditutup hari ini pada 4.00 petang dan akan disambung semula pagi esok.

“Keadaan cuaca yang mula gelap dan faktor alam turut memaksa operasi ditangguh untuk hari ini,” katanya ketika ditemui media di pusat operasi di Awat-Awat hari ini.

Terdahulu sebuah kapal kargo yang membawa batu daripada Sipitang, Sabah ke Brunei telah karam di kedudukan kordinat 2.2 batu nautika (Lat long, N4’57.182′ – E115’13.585′) Laut Awat-Awat Sundar, Lawas pada awal pagi Selasa.

Pencarian telah dijalankan di persisiran pantai sejauh 1-2 batu nautika.

Insiden melibatkan sebuah kapal kargo yang membawa tujuh kru. Enam kru ditemui selamat, manakala seorang masih belum dijumpai dan dikhuatiri lemas.

Mangsa hilang dikenali sebagai Zuayik Anang Fatmanto berusia 42 tahun yang juga juragan kapal berkenaan.

Operasi SAR turut dilakukan oleh pasukan daripada markas Agensi Penguatkuasaan Maritim Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, APM Lawas, Pengawal Pantai Sarawak Lawas, Polis Marin Limbang dan Polis Diraja Malaysia Lawas.
Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nanta ambil maklum kejadian tanah runtuh di Jalan Song/Sipan – Temalat
Next: Jumlah mangsa banjir di PPS Dewan SMK Tatau meningkat kepada 392 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.