Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi sanitasi diteruskan
  • TEMPATAN

Operasi sanitasi diteruskan

Utusan Sarawak 5 years ago
KERJA sanitasi di Balai Polis Sentral.

NUR AIN OTSMAN

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak meneruskan operasi sanitasi di beberapa lokasi sekitar Kuching dan Miri, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Tiong Ling Hii berkata, setakat jam 5.30 petang semalam, pihaknya telah menjalankan sebanyak 847  kerja sanitasi telah bermula sejak 30 Mac lalu.

“Untuk kawasan Kuching, operasi dilaksanakan di Balai Polis Sentral dan Hotel Pullman. Turut dilaksanakan ialah sanitasi bas berdekatan Hotel Riverside Putri Wing.

“Manakala untuk di Miri pula, telah dilakukan proses sanitasi bas untuk pengangkutan perjalanan balik membawa penumpang dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke Miri di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri, ” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, antara premis yang disanitasi ialah 63 pasar awam, 91 tempat perhimpunan, 129 tempat ibadat, 359 di bangunan kerajaan, 99 kenderaan pengangkutan, 38 kawasan perumahan, 35 di pasar raya,  31 hotel dan dua di kilang.

Sementara itu, jumlah operasi yang telah dijalankan mengikut daerah ialah sebanyak 281  di Kuching, Miri (158), Sarikei (54), Kota Samarahan (56), Limbang dan Sibu (46), Betong (34), Bintulu (67), Sri Aman (31), Serian (23), Kapit (27) dan Mukah (24).

Continue Reading

Previous: Kekal amalkan hidup norma baharu
Next: Sekolah di Brunei mula dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.