Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi sanitasi diteruskan
  • TEMPATAN

Operasi sanitasi diteruskan

Utusan Sarawak 5 years ago

EARL ANEK

BINTANGOR: Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk mengekang penularan wabak pandemik Covid-19 diteruskan ditempat-tempat awam.

Operasi sanitasi atau operasi nyahcemar kerap dijalankan bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor bekerjasama dengan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) menjalankan operasi sanitasi di dua tempat awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, dua tempat awam yang menjalani proses sanitasi kelmarin ialah Pusat Penjaja Bintangor dan kawasan pondok rehat Tebingan Sungai Bintangor.

“Operasi sanitasi ini melibatkan seramai lapan anggota bomba dan lima kakitangan MDMJ.

“Operasi bermula pada jam kira-kira jam 2.00 petang hingga 4.00 petang,” katanya menerusi satu kenyataan kepada media, petang kelmarin.

Tambahnya, operasi sanitasi di Pusat Penjaja Bintangor bermula pada jam 2.10 petang hingga jam 3.00 petang.

“Manakala untuk kawasan pondok rehat Tebingan Sungai Bintangor bermula pada jam 3.10 petang hingga 3.40 petang.

“Proses decon dijalankan ke atas petugas selepas selesai operasi sanitasi tersebut,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Sim beri surat guaman kepada Chong
Next: 15 individu ditahan langgar PKP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.