Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi Pasar Tamu Saratok lancar
  • TEMPATAN

Operasi Pasar Tamu Saratok lancar

Utusan Sarawak 5 years ago

SARATOK: Keadaan terkawal, operasi Pasar Tamu Saratok tidak membimbangkan selepas peniaga dan pengunjung mematuhi setiap arahan yang digariskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Saratok (MDS) Bilong Engkas berkata, pihaknya sentiasa memantau agar urusan di pasar tamu itu berjalan lancar.

“Saya meninjau serta memantau keadaan semasa penugasan pegawai-pegawai MDS, dan setakat ini keadaan terkawal.

“Kami puas hati dengan pematuhan arahan khususnya melibatkan penjarakan sosial, kebersihan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, MDS turut mengambil inisiatif dengan memeriksa suhu badan setiap pengunjung yang hendak memasuki kawasan pasar tamu itu.

“Beri kerjasama berterusan kepada para petugas kita di lapangan.

“Jangan ingkar ketika diarah untuk membuat pemeriksaan suhu dan sentiasa menjaga aspek penjarakan sosial.

“Sekiranya kita patuh, rantaian virus Covid-19 dapat diputuskan sekali gus mengelak penularan dan akhirnya kelak keadaan mampu pulih seperti sediakala,” ujarnya. Bilong menzahirkan penghargaan terhadap semua petugas MDS yang masih cekal menjalankan amanah sehingga hari ini.

Continue Reading

Previous: 43 KIR terima bantuan makanan
Next: ‘Terung emas’ rezeki Mary Anis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.