Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Operasi cari warga emas ditangguh ke esok, belum ada petunjuk di lokasi 
  • KEMALANGAN

Operasi cari warga emas ditangguh ke esok, belum ada petunjuk di lokasi 

Utusan Sarawak 4 months ago

Usaha pencarian belum menemui mangsa

TANJUNG MANIS: Operasi mencari san menyelamat (Carilamat) warga emas yang jatuh di perairan Muara Rejang di sini, telah ditangguhkan pada petang ini dan dijadualkan untuk disambung semula pada esok. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi Sarawak, faktor cuaca buruk dan ombak tinggi menyukarkan operasi pada hari kedua pencarian.

“Walaupun pelbagai aset telah digerakkan untuk mencari mangsa, tiada penemuan dibuat sepanjang hari ini. 

“Sehubungan itu, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengumumkan bahawa operasi Carilamat ditangguhkan pada 5 petang dan diteruskan pada 8 pagi esok,” katanya. 

Terdahulu, mangsa, Mustapa Abdullah @ Moses Mleng, berusia 65 tahun, dilaporkan terjatuh ke laut dari tongkang Linau 27 akibat dilanda ombak besar setinggi 3.5 meter, semalam. 

Seorang lagi kru tongkang berkenaan turut jatuh ke laut setelah dihempas ombak.

Mangsa cuba diselamatkan oleh rakannya yang turut terjatuh tetapi gagal dan rakannya sempat berpaut di atas pondok yang jatuh dan terapung sebelum diselamatkan oleh bot tunda Danum 126. 

Continue Reading

Previous: Warga emas terjatuh ke laut, operasi pencarian diperluaskan
Next: Dua pekerja maut dihempap kepingan kaca

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.