Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi cari lelaki dilaporkan hilang sejak semalam
  • WILAYAH

Operasi cari lelaki dilaporkan hilang sejak semalam

Utusan Sarawak 6 months ago

Operasi mencari mencari mangsa yang hilang di Rumah Jinis, Tekalong Melugu Scheme hari ini.

SRI AMAN: Seorang lelaki telah dilaporkan hilang ketika keluar dari rumahnya di Rumah Jinis, Tekalong Melugu Scheme, sejak semalam.

Penguasa Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 7 pagi, hari ini.

“Pada 19 November (Selasa) lebih kurang jam 10 pagi bertempat di Rumah Jinis, Tekalong Melugu Scheme, mangsa dikenali Jackson Bar Runi berusia 23 tahun telah keluar rumah dan tidak memberitahu kepada ahli keluarga ke mana dia pergi.

“Difahamkan, mangsa menghidapi penyakit sawan. Pakaian semasa mangsa keluar rumah menggunakan kemeja-T berwarna putih,” katanya kerika dihubungi.

Muhammad Rais berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari pertama hari ini telah diperkuatkan seramai empat anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Chimiam Duyu telah bergerak ke lokasi untuk mendapatkan maklumat terperinci sekali gus memulakan operasi SAR.

“Setakat ini, operasi pencarian masih dilakukan dan mangsa masih belum dijumpai,” katanya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Pusat Khidmat Parlimen Lanang anjur kempen derma darah bantu Hospital Sibu
Next: Operasi mencari warga emas hilang di kebun sejak semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.