Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Operasi Bersepadu KESUMA peringkat negeri sasar 60 majikan sekitar bandar raya Kuching
  • SEMASA

Operasi Bersepadu KESUMA peringkat negeri sasar 60 majikan sekitar bandar raya Kuching

Utusan Sarawak 7 months ago
PENGARAH Tenaga Kerja Sarawak, Awang Raduan Awang Omar pada majlis perasmian pelancaran Operasi Bersepadu Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) 2024 Peringkat Negeri Sarawak di Wisma PERKESO, hari ini.

KUCHING: Operasi bersepadu menyasarkan 60 majikan di sekitar bandar raya ini untuk diperiksa sama ada pihak majikan mematuhi undang-undang buruh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Awang Raduan Awang Omar berkata, operasi pemeriksaan premis kali ini melibatkan lima keanggotaan daripada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Antaranya Jabatan Tenaga Kerja Sarawak yang mengetuai operasi, Pertubuhan Keselamatan Sosial Negeri Sarawak, Cawangan Kawal Selia dan Penguatkuasaan, Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerja dan Pembangunan Sumber manusia.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Perasmian Pelancaran Operasi Bersepadu Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) 2024 Peringkat Negeri Sarawak di Wisma PERKESO, hari ini.

Jelasnya, operasi bersepadu dimulakan hari ini hingga esok, 23 Oktober bertujuan mengukuhkan lagi aktiviti penguatkuasaan setiap jabatan dan agensi secara bersepadu serta mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja sedia ada.

Tambahnya, operasi yang berlangsung selama dua hari ini bakal membuahkan hasil yang dapat memberikan mandaat kepada pekerja-pekerja di negeri ini.

Ujarnya, menjadi tanggungjawab dan tugas sebagai pegawai penguatkuasa untuk menjaga dan melindungu hak kebajikan dan keselamatan pekerja khususnya di Sarawak.

Mengulas lanjut, Awang Raduan Menegaskan bahawa setiap perkara haruslah diambil perhatian dengan teliti walaupun perkara itu sekecil zarah.

“Semasa pemeriksaan dilaksanakan ambil perhatian terhadap perkara-perkara walau sekecil Zarah agar hak, kebajikan dan keselamatan pekerja di negeri ini tidak terabai oleh majikan”katanya

Sementara itu, beliau berharap operasi bersepadu KESUMA yang melibatkan 35 orang pegawai penguatkuasa ini dapat memberikan komitmen sepenuhnya serta mempunyai sembagat bekerja dalam satu padukan dalam menjayakan misi.

Oleh Noor Ikmal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu guru: Ahli Parlimen Igan tuntut penjelasan KPM
Next: Usaha kerajaan menoktahkan miskin tegar tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.