Operasi Bersepadu IPD Bau tingkatkan pencegahan jenayah

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PERIKSA… Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah melaksanakan Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Mingguan di Pekan Serikin dan Jalan Taiton, semalam.

BAU: Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah melaksanakan Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Mingguan di Pekan Serikin dan Jalan Taiton, semalam bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, operasi yang dijalankan dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu melibatkan seramai lima anggota dari Unit Rondaan Pencegahan Jenayah IPD Bau.

Menurut beliau, operasi tersebut menumpukan rondaan cegah jenayah secara berjalan kaki di Pekan Serikin, manakala satu pasukan rondaan lain melaksanakan pemeriksaan mengejut di Jalan Taiton.

PERIKSA… Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah melaksanakan Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Mingguan di Pekan Serikin dan Jalan Taiton, semalam.

“Sebanyak 23 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa, selain pemeriksaan ke atas 30 orang awam tempatan yang terdiri daripada 20 lelaki dan 10 perempuan,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak sembilan keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Haide menjelaskan bahawa operasi bersepadu ini bertujuan menonjolkan kehadiran polis melalui rondaan berkala di Pekan Serikin, di samping melaksanakan langkah pencegahan jenayah di lokasi yang telah dirancang.

Oleh Connie Chieng

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan jangkaan pelabur terhadap anggaran awal Keluaran Dalam Negara