Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • One Stop Center ‘perangi’ Covid-19
  • SEMASA

One Stop Center ‘perangi’ Covid-19

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas diiringi Dr. Chin Zin Hing (kanan) dan Dato’ Dr. Sim Kui Hian (empat, kiri) ketika melakukan lawatan ke pusat tersebut pada Sabtu.

KUCHING: Berikutan daripada peningkatan kes berterusan di Sarawak, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif dengan mewujudkan sebuah Pusat Sehenti atau ‘One Stop Center’ Covid-19 di Bahagian Kuching.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, pusat sehenti tersebut merupakan satu projek perintis yang bermatlamat menempatkan semua jabatan dan kakitangan yang terlibat dalam operasi memerangi Covid-19.

Jelasnya, pusat sehenti yang akan mula beroperasi pada Isnin depan iaitu 3 Mei 2021 ditempatkan di Dewan Masyarakat Kuching Jalan Padungan.

“Ini adalah One Stop Center yang pertama yang kita telah dirikan di Sarawak dan ini adalah satu ‘pilot project’ yang mempunyai matlamat untuk menempatkan semua jabatan dan kakitangan yang terlibat sama dalam operasi memerangi Covid-19.

“Ini termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dewan Bandaraya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Residen, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke pusat tersebut di sini pada Sabtu.

Datuk Amar Douglas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak berkata, beliau berharap dengan inisiatif itu, segala pengurusan kes Covid-19 dapat dipertingkatkan.

“Disinilah kita berharap satu pusat yang dapat menentukan segala pengurusan kes COVID-19 ini dapat kita tingkatkan dan pengesanan kontak dapat dibuat dengan lebih cepat,” katanya.

Turut mengiringi Datuk Amar Douglas ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Chin Zin Hing serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: PKP akan dinilai semula – Muhyiddin
Next: PKP 12 MEI – 7 JUN SELURUH NEGARA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.