Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Olympiakos kejar kejuaraan ke-45
  • SUKAN

Olympiakos kejar kejuaraan ke-45

Utusan Sarawak 5 years ago

Olympiakos's Mady Camara (L) vies with Paok's Andre Vieirinha (C) and Mauricio (R) during the first play-off match of the Greek football superleague between Paok and Olympiakos in the Toumba stadium in Thessaloniki on June 7, 2020. - The Greek Superleague decided to restart the football matches after three months of interruptions and the game in Toumba, reputed to be among the hottest in Europe, is played without the presence of fans as all the meetings being scheduled behind closed doors due to covid-19. (Photo by Sakis MITROLIDIS / AFP)

MADY Camara dari Olympiakos bersaing dengan pemian PAOK, Andre Vieirinha (tengah) dan Mauricio (kanan) semasa perlawanan ‘play-off’ pertama Liga Super Greece antara PAOK dan Olympiakos di stadium Toumba di Thessaloniki. • Foto AFP

OLYMPIAKOS semakin menghampiri kejuaraan Liga Greece ke-45 semalam dengan kemenangan 1-0 ke atas saingan terdekat PAOK Salonika walaupun peminat mendaki bumbung bangunan berhampiran bagi menyaksikan perlawanan.

Ketika Liga Super Greece disambung semula selepas diberhentikan kerana Covid-19 selama tiga bulan , Olympiakos membuka kelebihan 17 mata dengan baki sembilan perlawanan lagi.

Dengan penonton dilarang ke Stadium Toumba yang biasanya menakutkan kerana protokol kesihatan, para peminat melakukan yang terbaik untuk tetap menyaksikan perlawanan.

Satu kumpulan memanjat tinggi ke bumbung blok pangsapuri yang menghadap ke stadium walaupun papan skor raksasa mungkin telah menghalang pandangan mereka.

Penyerang dari Maghribi, Youssef El Arabi menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke-23 setelah mendapat hantaran daripada oleh rakan sepasukan dari Perancis, Mathieu Valbuena.

El Arabi telah menyaksikan percubaannya sebelum itu dibatalkan kerana ofside setelah campur tangan VAR.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dua kali lagi sebelum akhir musim  di separuh akhir Piala Greece dan pertembungan liga yang menjadi sebahagian daripada ‘play-off’ kejuaraan.

Selepas perlawanan pada Ahad, puluhan peminat PAOK berkumpul di luar stadium untuk mengejek pasukan mereka.

Keptusan lain ialah Panathinaikos dan AEK seri 1-1 setelah gol penyerang dari Itali, Federico Macheda pada minit ke-65 dibatalkan oleh penyerang dari Croatia, Marko Livaja 10 minit kemudian.

Asteras Tripolis mengalahkan Larissa 2-1 walaupun ketinggalan satu gol di belakang.

Bagi saingan aksi ‘play-off’ dimulakan dengan Aris Thessaloniki mengalahkan OFI 3-1 dan Panionios menundukkan Volos 1-0. – AFP

Continue Reading

Previous: KSRAAS fokus pembangunan sukan
Next: Werner belum ‘bebas’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.