Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Nyawa peragut berakhir di pagar PGA
  • KEMALANGAN

Nyawa peragut berakhir di pagar PGA

Utusan Sarawak 5 months ago

Lokasi suspek dilaporkan merempuh pagar besi di kawasan Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 32 tahun yang disyaki terlibat dalam kes ragut, maut dalam satu kemalangan di Jalan Field Force, Batu Kawa, tengah hari tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, kejadian berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari, apabila suspek, yang menunggang motosikal, meragut beg tangan seorang wanita yang sedang membonceng motosikal bersama suami dan anak lelakinya.

“Dalam usaha melarikan diri, suspek dilaporkan merempuh pagar besi di kawasan Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa. 

“Pegawai perubatan yang dipanggil ke lokasi kejadian mengesahkan suspek meninggal dunia akibat kemalangan tersebut.

“Identiti suspek telah dikenal pasti sebagai seorang lelaki tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kejadian ini sedang disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana kesalahan meragut dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung kemalangan maut.

Continue Reading

Previous: Lelaki maut kemalangan di Jalan Sg Rusa 
Next: Warga emas jatuh sungai dikhuatiri lemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.