Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Nunez, Jota bawa Liverpool ke puncak liga
  • SUKAN

Nunez, Jota bawa Liverpool ke puncak liga

Utusan Sarawak 1 year ago
JOTA meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.

LONDON: Liverpool melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Darwin Nunez menamatkan kemarau jaringan ketika mengalahkan Burnley 2-0.

Liverpool yang dibimbing Jurgen Kloop mendahului awal menerusi Nunez di Turf Moor dan pelawat turut melepaskan beberapa peluang menambah jaringan.

Gol kelapan Nunez musim ini adalah jaringan pertamanya selepas 12 perlawanan sejak dia mencetak nama sebagai penjaring menentang Bournemouth dalam Piala Liga 1 November lalu.

Diogo Jota, yang kembali beraksi selepas sebulan berehat akibat kecederaan, mengesahkan kemenangan Liverpool yang memiliki kelebihan dua mata di atas pasukan tempat kedua, Arsenal.

Arsenal mampu untuk merampas kembali kedudukan

teratas dengan syarat mencatat kemenangan di laman sendiri ketika bertembung West Ham Jumaat ini.

Selepas mencatat keputusan seri dengan Manchester United dan Arsenal menjelang Krismas, ia adalah kemenangan penting buat Liverpool yang bercita-cita meraih gelaran juara liga.

“Ia sangat baik. Ia mungkin akan berubah dan itu tiada masalah. Ia tidak sempurna tetapi kami berada di mana sepatutnya kami berada,” kata Klopp.- AFP

Continue Reading

Previous: Habib Haroon sah tinggalkan TFC
Next: United kembali bangkit, tewaskan Villa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.