Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • NREB Sarawak siasat insiden sisa kayu terapung di Sungai Krangan
  • TEMPATAN

NREB Sarawak siasat insiden sisa kayu terapung di Sungai Krangan

Utusan Sarawak 4 months ago

Keadaan sisa kayu terapung yang ditemukan di Sungai Krangan, Balai Ringin. Foto UKAS  

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak sedang menyiasat punca sisa kayu terapung yang ditemukan di Sungai Krangan, Balai Ringin, kira-kira 88 kilometer dari sini.

Dalam satu kenyataan hari ini, NREB menegaskan bahawa pihaknya mengambil tindakan segera bagi mengurangkan kesan pencemaran dan mengelakkan kerosakan alam sekitar yang lebih serius.

“NREB juga bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi mengeluarkan sisa kayu tersebut untuk memulihkan kawasan terjejas serta mengurangkan gangguan kepada komuniti setempat.

“Pegawai penguat kuasa telah dikerahkan ke lokasi bagi menilai keadaan dan menentukan tindakan lanjut, sementara kerja-kerja pembersihan sedang diselaraskan dengan agensi awam serta sektor swasta untuk memastikan penyelesaian segera,” menurut kenyataan itu.

NREB turut menggesa semua pengusaha ladang supaya mematuhi peraturan alam sekitar dengan ketat bagi mengelakkan kemusnahan sumber air.

“Kerjasama daripada semua pihak berkepentingan amat penting dalam memastikan pengurusan alam sekitar yang lestari dan mencegah kejadian serupa pada masa hadapan,”  menurut kenyataan itu.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: 42 PPS masih beroperasi, 39 PPS ditutup
Next: Tokoh pengasas PBB Lawas meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.