Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nikmati laluan baharu lebih mudah, pantas
  • Utara
  • WILAYAH

Nikmati laluan baharu lebih mudah, pantas

Utusan Sarawak 2 months ago
TINJAU… Johnny Pang Leong Ming meninjau keadaan jalan baharu yang menghubungkan Bamboo Garden dan Happy Garden bersama pasukan pusat khidmat DUN baru-baru ini.

BINTULU: Penduduk Bamboo Garden dan Happy Garden kini boleh menikmati laluan baharu yang lebih mudah dan pantas susulan siapnya projek pembinaan jalan sepanjang 105 meter yang menghubungkan kedua-dua kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, pembinaan jalan itu adalah hasil permintaan penduduk setempat bagi meningkatkan kesalinghubungan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Dengan adanya jalan ini, penduduk tidak lagi perlu membuat pusingan jauh.

“Laluan terus ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi turut meningkatkan kemudahan dan keselesaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, projek tersebut telah disiapkan dengan baik, namun terdapat sedikit kecacatan di bahu jalan yang perlu diperbaiki segera.

“Saya akan berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan kontraktor untuk memastikan kerja pembaikan dijalankan secepat mungkin bagi menjamin keselamatan pengguna,” ujarnya.

Projek itu dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan dibiayai menerusi peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Johnny Pang berharap pembukaan jalan baharu itu akan memberi manfaat besar kepada penduduk setempat dengan perjalanan yang lebih lancar, selesa dan efisien.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: TBS serah bantuan kepada 246 penerima
Next: Beri peluang masyarakat suarakan masalah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.