Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nikmati keindahan Sungai Batang Lupar bersama KTSA River Cruise
  • Selatan
  • WILAYAH

Nikmati keindahan Sungai Batang Lupar bersama KTSA River Cruise

Utusan Sarawak 2 months ago
KIFFLE (kiri) bergambar bersama pelancong luar negara yang menggunakan khidmat KTSA River Cruise. Foto Kiffle Morni

SIMANGGANG: Bersempena Ramadan, KTSA River Cruise akan mengadakan promosi istimewa kepada pengunjung serta penduduk untuk bersiar-siar menikmati keindahan di sepanjang Sungai Batang Lupar.

Pengerusi Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Kampung Tengah Sri Aman, Kiffle Morni berkata pakej ditawarkan KTSA River Cruise ialah RM5 seorang bagi setiap penumpang.

“KTSA RIVER CRUISE akan mengadakan promosi istimewa untuk membawa anda melihat keindahan Sungai Batang Lupar.

“Sambil anda menunggu masa berbuka puasa, bolehlah bersama kami bermula 2.30 petang hingga 5.00 petang.

“Pengunjung juga bertuah jika berpeluang melihat dengan mata sendiri permandangan indah yang jarang dilihat seperti fenomena benak dengan lebih dekat lagi,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak semalam.

NIKMATI KEINDAHAN… KTSA River Cruise mengadakan promosi istimewa sempena Ramadan membawa pengunjung bersiar-siar menikmati keindahan di sepanjang Sungai Batang Lupar. Foto Adi Safarman

Kiffle berkata tiket untuk menggunakan perkhidmatan KTSA River Cruise ini boleh didapati bersebelahan replika buaya di Tebingan Sri Aman.

Katanya pakej yang ditawarkan itu iaitu perjalanan perjalanan dari Tebingan Sri Aman hingga Jambatan Batang Lupar 2 dan seterusnya ke Kampung Tengah dan berpatah semula ke Tebingan Sri Aman.

“Jangan risau bot kami boleh membawa seramai enam orang sekali perjalanan dan dilengkapi dengan jaket keselamatan dan pelampung penyelamat.

“Jangan lepaskan peluang ini kerana harga serendah RM5.00 adalah untuk waktu promosi sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, inisiatif tersebut adalah merupakan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) untuk manfaat kepada JKKK Kampung Tengah Sri Aman.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 54 penerima MRP-PPRMS luah kesyukuran baik pulih rumah siap sebelum Aidilfitri
Next: Pembinaan jambatan Merio bernilai RM16 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.