Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ngiling Tikai eratkan perpaduan warga kerja
  • TEMPATAN

Ngiling Tikai eratkan perpaduan warga kerja

Utusan Sarawak 3 years ago

NGILING TIKAI… Datu Junaidi Reduan menggulung tikar sebagai simbolik upacara ‘Ngiling Tikai’

KUCHING: Upacara ‘Ngiling Tikai’ sempena penutupan perayaan Hari Gawai Dayak merupakan salah satu contoh terbaik dalam usaha untuk mengeratkan semangat perpaduan dalam kalangan warga kerja.

 Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datu Junaidi Reduan berkata, sambutan Hari Gawai Dayak juga penting seperti perayaan lain di Malaysia kerana ia dapat membina satu jati diri sesebuah etnik.

“Semua pihak memainkan peranan yang signifikan dalam mengekalkan semangat toleransi dan sikap saling hormat-menghormati terutamanya warga kerja DBKU.

“Ini merupakan kunci kepada perpaduan yang menjadi amalan dan sikap toleransi antara satu sama lain. Saya percaya sambutan seperti ini juga dapat membantu untuk membentuk semangat kerja secara berpasukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ngiling Tikai DBKU di sini, baru-baru ini.

Menjelas lanjut, kemakmuran dan kestabilan negara di Malaysia pada hari ini juga adalah hasil semangat kerjasama daripada semua kaum.

“Ini adalah kunci kepada perpaduan yang menjadi amalan dan sikap toleransi antara satu sama lain.

“Ia juga terbukti melalui kesungguhan dan komitmen dalam menjayakan persembahan kebudayaan, pakaian dan pertuturan sesama anda dan ianya adalah amat mengkagumkan,” tambahnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak terima kunjungan hormat FSJA
Next: APA KATA MEREKA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.