Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • New York umum Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah
  • GLOBAL

New York umum Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah

Utusan Sarawak 2 years ago

NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang pada Sabtu untuk mengisytiharkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah umum di seluruh negeri itu, lapor Xinhua.

Perundangan itu mewajibkan semua sekolah awam ditutup sempena cuti Tahun Baharu Cina bagi membolehkan ratusan ribu pelajar berketurunan Asia menyambut perayaan itu.

“Dengan menetapkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah rasmi, kami mengambil langkah penting dalam mengiktiraf kepentingan komuniti AAPI New York dan kepelbagaian yang kaya yang menjadikan New York begitu hebat,” menurut Hochul dalam satu kenyataan, merujuk kepada komuniti Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.

“Ia bukan hanya hari cuti sekolah – ia adalah peluang untuk anak-anak kita belajar dan meraikan budaya dan tradisi mereka sendiri atau yang berbeza,” tambahnya.

Pada 2015, Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah umum rasmi di New York City.

Awal tahun ini, Dewan Senat negeri meluluskan langkah yang membolehkan pelajar di kampus universiti menyambut Tahun Baharu Cina tanpa dikenakan penalti.

Tahun Baharu Cina seterusnya akan jatuh pada 10 Feb tahun depan. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus
Next: PM Anwar tiba di Nanning hadiri CAEXPO ke-20

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.