Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Negara Teluk kini boleh mohon eVisa pelancong Saudi
  • GLOBAL

Negara Teluk kini boleh mohon eVisa pelancong Saudi

Utusan Sarawak 2 years ago

EVisa akan membolehkan penduduk di negara-negara Teluk meneroka pelbagai wilayah di Saudi dan melakukan ibadah umrah, Xinhua memetik laporan rasmi Agensi Akhbar Saudi.

RIYADH: Kementerian Pelancongan Arab Saudi pada Khamis membenarkan semua penduduk di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) memohon visa pelancong secara dalam talian bagi melawat negara itu.

EVisa akan membolehkan penduduk di negara-negara Teluk meneroka pelbagai wilayah di Saudi dan melakukan ibadah umrah, Xinhua memetik laporan rasmi Agensi Akhbar Saudi.

Langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha Arab Saudi memberi peluang kepada penduduk Teluk melawat destinasi pelancongan, menikmati acara hiburan dan meneroka tapak warisan dan bersejarah di negara itu.

Penduduk Teluk boleh melawat halaman eVisa bagi memohon visa berkenaan, dengan kos AS$80 sebagai tambahan kepada insurans kesihatan.

Setelah permohonan dibuat, pemohon akan memperoleh eVisa melalui e-mel, menurut laporan media Saudi.

Sebelum ini, hanya penduduk GCC dengan pekerjaan yang disenaraikan dibenarkan memohon eVisa untuk melawat kerajaan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ketua PBB, Presiden Ukraine gesa inisiatif bijirin laut hitam dilanjutkan
Next: Xi Jinping kekal Presiden China buat kali ketiga berturut-turut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.