Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Nancy yakin pelancongan domestik berkembang
  • TEMPATAN

Nancy yakin pelancongan domestik berkembang

Utusan Sarawak 5 years ago
NANCY dan Sabestian tingkap rumah penginapan Libiki Bamboo Resort Bijuang Tuolok Mongang, Kampung Mongang Bau untuk melihat suasana di luar pusat peranginan berkenaan.

BAU: Tempahan hotel-hotel di Kuching dicatatkan penuh sehingga 75 peratus, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Nancy Shukri.

Menurut Nancy, rekod berkenaan diperoleh selama dua minggu kebelakangan ini melalui tempahan secara dalam talian.

“Ini memperlihatkan keyakinan orang ramai sudah mula bergerak dan tidak sabar nak bercuti keluar dari rumah,” katanya pada sidang media di Libiki Bamboo Resort Bijuang Tuolok Mongang, Kampung Mongang Bau semalam.

Oleh itu, Nancy mengingatkan rakyat tempatan supaya memiliki pelbagai produk pelancongan di daerah atau kampung yang masih belum diterokai ramai.

“Kita akan mencari jalan untuk membangunkan semula ekonomi melalui MOTEC atau AMTEC mencari jalan membantu cara yang berkesan untuk mengembangkan industri pelancongan domestik,” ujarnya.

Usaha mengenalpasti produk pelancongan dalam negeri sendiri, Nancy akui Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan budaya dan keindahan asli untuk diterokai.

Menjadikan daerah Bau sebagai destinasi produk pelancongan yang strategik dikunjungi,  Nancy menyeru rakyat tempatan supaya menyahut seruan kerajaan menerokai tempat-tempat yang menarik di daerah itu.

“Kita dapat melihat tempat ini (pusat peranginan Libiki Bamboo Resort Bijuang Tuolok Mongang) dikelilingi sungai seperti pulau untuk disinggahi. Saya harap orang ramai akan bersantai dan senang datang ke sini,” katanya lagi.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Sebastian Ting, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep dan ADUN Serembu, Miro Simuh serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancomgan Sarawak (STB), Sharzede Datu Salleh Askor.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Program pertama SIA kini dibuka
Next: Peruntukan Kerajaan Pusat percepat pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.