
SIBU: Persatuan Kebangsaan Penasihat Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Malaysia (NAMLIFA) Cawangan Sibu akan menganjurkan ceramah kesihatan awam pada Sabtu ini.
Ceramah kesihatan dengan kerjasama Rejang Medical Centre (RMC) dengan sesi pertama Dr Wilson Lau Pick Siung dari Jabatan Kecemasan dan Trauma dan sesi kedua pegawai dietetik Cindy Yap.
Program dijadualkan pada 9.00 pagi di Hotel Medan, Jalan Wong King Hou dimulakan dengan pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan asas iaitu tekanan darah, paras gula dalam darah dan ujian ketumpatan tulang.
Program ini diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) NAMLIFA Cawangan Sibu 2026 yang akan berlangsung pada 9.30 pagi.
Mesyuarat tersebut akan diserikan dengan kehadiran Presiden NAMLIFA Kebangsaan Krishnan Appanu, turut dihadiri Pengerusi NAMLIFA Cawangan Sibu Ralikrishnan Wong.
Antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuklah pengesahan mesyuarat, penyampaian laporan tahunan, laporan tahunan setiausaha dan laporan kewangan serta pemilihan jawatankuasa baharu sesi 2026-2028.
Mesyuarat akan diakhiri dengan sesi perbincangan hal-hal lain yang berkaitan dengan persatuan.
Oleh Akun Giman