Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Naik taraf Klinik Kesihatan Beluru
  • TEMPATAN

Naik taraf Klinik Kesihatan Beluru

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWATAN… Datuk Aaron Ago Dagang melawat Klinik Kesihatan Beluru.

MARUDI : Menteri Muda Kerajaan Tempatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datu Dr. Penguang Manggil berharap Kementerian Kesihatan dapat mempertimbangkan cadangan menaik taraf Klinik Kesihatan di Beluru kepada Klinik Kesihatan jenis 5 atau jenis 4.

Katanya naik taraf klinik tersebut perlu dilakukan bagi menambahbaik kualiti perkhidmatan kesihatan  selaras dengan status Beluru sebagai sebuah daerah.

Menurut beliau Klinik Kesihatan Beluru yang sudah berusia 40 tahun memerlukan banyak kerja-kerja naik taraf dan perlu perhatian segera.

Katanya setakat ini klinik tersebut merupakan klinik kesihatan jenis 6 dengan purata pelawat seramai 80 orang sehari.

Dalam pada itu beliau merakam terima kasih kepada Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang semasa lawatan beliau ke klinik tersebut baru-baru ini.

Lawatan Datuk Aaron ke klinik berkenaan adalah atas jemputan Dr Penguang untuk melihat sendiri keadaan Klinik Kesihatan Beluru yang memerlukan baikpulih.

Turut hadir Setiausaha Politik di pejabat Ketua Menteri, Alexander Asing, Pegawai Daerah Beluru Alfred Geling, Pengerusi Majlis Daerah Marudi Edward Mendai, Pengarah hospital Miri Dr Jack, Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Ravi, Pemanca Enggah dan ketua-ketua masyarakat.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: MANRED anjurkan Hari Integriti
Next: Sokong kerajaan pimpinan GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.