

TINJAU…Datuk Amar Douglas Uggah Embas meninjau perkembangan projek menaik taraf Jalan Penyulok/Nanga Penebak/Ulu Penebak, Ulu Layar dekat sini baru-baru ini. Foto Dato Dr Richard Rapu
BETONG: Tiga rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar bakal mendapat manfaat sebaik sahaja jalan menghubungkan ketiga-tiga rumah terbabit akan dinaik taraf.
Jalan sepanjang 4.829 kilometer (km) yang menghubungkan tiga rumah panjang itu dinaik taraf mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR) ‘Modified R1’ dengan kos berjumlah RM15.3 juta.
Dengan siapnya jalan ini, ia akan merancakkan lagi pembukaan tanah untuk tujuan ekonomi penduduk luar bandar dan seterusnya dapat memasarkan hasil pertanian ke Betong, Spaoh dan ke pekan lain.
Dalam pada itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah meninjau perkembangan projek menaik taraf Jalan Penyulok/Nanga Penebak/Ulu Penebak, Ulu Layar dekat sini baru-baru ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas, Jurutera JKR Bahagian Betong, Jason Ng Boon Tuan, Pegawai Daerah Betong, Laga Kueh dan juga agensi kerajaan lain.
Oleh Adi Saparman