Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Naik taraf fasiliti Sukan SEA 2027 berjalan lancar mengikut jadual
  • SEMASA

Naik taraf fasiliti Sukan SEA 2027 berjalan lancar mengikut jadual

Utusan Sarawak 2 hours ago
DR Mohammed Taufiq Johari ketika mendengar taklimat semasa melakukan lawatan kerja ke Stadium Sarawak, hari ini. Foto Norman B

PETRA JAYA: Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan dengan kerja-kerja naik taraf beberapa fasiliti utama sukan berada pada tahap memuaskan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, perkembangan semasa projek menunjukkan kemajuan yang baik dan teratur di beberapa fasiliti sukan utama di Sarawak.

Menurutnya, Sarawak menunjukkan komitmen tinggi dengan memperuntukkan sebanyak RM350 juta bagi penganjuran temasya itu, selain RM280 juta lagi untuk kerja-kerja menaik taraf fasiliti sukan, menjadikan keseluruhan peruntukan mencecah RM630 juta. Beliau turut memaklumkan Majlis Pembukaan Sukan SEA 2027 akan berlangsung di Sarawak.

“Proses penaiktarafan berjalan sangat lancar dan cepat. Kita menjangkakan kerja naik taraf di Stadium Sarawak siap pada Januari 2027, manakala fasiliti lain dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei tahun sama,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa lokasi sukan utama di sini, hari ini.

KENANGAN…Dr Mohammed Taufiq Johari bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan semasa melakukan lawatan kerja ke Stadium Sarawak, hari ini. Foto Norman B

Sementara itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebanyak 17 jenis sukan akan dipertandingkan di Sarawak, termasuk akuatik, angkat berat, bola keranjang, e-sukan, golf, lawn bowls, memanah, menembak, muay thai, petanque, skuasy, tenpin boling, tenis, taekwondo, wushu, kriket dan gimnastik.

KENANGAN…Dr Mohammed Taufiq Johari bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan semasa melakukan lawatan kerja ke Pusat Akuatik Pandalela Rinong, hari ini. Foto Norman B

“Penganjuran Sukan SEA ini bukan sahaja memperkukuh imej Sarawak sebagai hab sukan serantau, malah memberi limpahan ekonomi serta mempercepat pembangunan infrastruktur sukan negeri,” katanya.

Tambahnya, enam lagi acara sukan akan berlangsung di Pulau Pinang, diikuti 14 acara di Kuala Lumpur dan satu acara di Johor.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: AZAM Young Souls cipta nama di pentas antarabangsa, wakil Sarawak ke Filipina
Next: Sarawak Delta diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.