Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • NADI sedia maklumat terkini, latihan teknologi digital
  • Selatan
  • WILAYAH

NADI sedia maklumat terkini, latihan teknologi digital

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Dato Sri Julaihi Narawi (tujuh kiri) bersama tetamu kehormat bergambar selepas merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sampat Sebangan, hari ini. Foto UKAS

SEBUYAU: Penduduk Kampung Sampat Sebangan kini menikmati akses lebih baik kepada maklumat digital susulan perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) hari ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, menekankan peranan penting pusat NADI dalam menyediakan maklumat terkini, latihan teknologi digital serta pelbagai inisiatif pembangunan komuniti.

NADI menjadi hab pembelajaran digital, menawarkan kursus literasi, keusahawanan dalam talian dan inisiatif komuniti. Foto UKAS

Beliau juga turut menggalakkan penduduk khususnya golongan belia dan usahawan, untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial mereka.

“Pusat NADI bukan sekadar tempat memperoleh maklumat, tetapi juga menjadi pusat pembelajaran dan interaksi yang dapat membantu masyarakat menghadapi cabaran era digital,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian pusat Digital NADI di Kampung Sampat Sebangan, hari ini.

Antara kemudahan yang disediakan di pusat ini adalah komputer, internet berkelajuan tinggi, dan ruang bagi sesi latihan dan bengkel.

Selain itu, beberapa program telah dirancang untuk dilaksanakan, antaranya kursus literasi digital, keusahawanan dalam talian, dan ceramah kesedaran sosial.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir punca jumlah gerai Ramadan kurang
Next: Pendekkan projek sakit 30 hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.